Selamat Datang ke Pusat Sumber SMK Assunta. Selangkah ke perpustakaan sejuta pengetahuan

Misi dan Visi

VISI

Pusat Sumber Cemerlang, Pelajar Gemilang

MISI

Merealisasikan visi Pusat Sumber dan berazam untuk menawarkan :

i.  Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah

ii. Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat

iii. Menyediakan tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk aktivti pembelajaran.


PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Pusat Sumber SMK Assunta dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan:

►Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
►Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar.
►Mewujudkan iklim pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran.
►Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan.



MATLAMAT

Bersesuaian dengan konsep PSS, PSS telah ditubuhkan dengan matlamat amnya seperti berikut:

i.      Untuk menyokong Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:

“………………Sebagai satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertangung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara”.

ii.     Untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pendidikan bermutu

iii.     Melahirkan tabiat belajar dan kegembiraan menggunakan alat dan bahan pengajaran di kalangan murid-murid dan guru

iv.    Mewujudkan satu sistem pengurusan yang digabungjalinkan di antara bahan cetak dan bukan cetak

v.     Memupuk lagi daya pemikiran murid-murid secara kreatif dan inovatif

vi.    Menggalakkan murid-murid dengan daya inisiatif sendiri membuat kerja-kerja projek dengan menggunakan sumber pelajaran yang ada di PSS

vii.    Membantu mencapai prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan bulanan, penggal PT3 dan SPM



OBJEKTIF KUALITI
Membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
►Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan berbagai kaedah
dan media, kemudahan perkhidmatan pengajaran dan Pembelajaran supaya tidak terikat atau bergantung hanya kepada
buku teks dan kapur sahaja

►Menggalakkan pertumbuhan tabiat ingin tahu (inkuiri) supaya dapat menjalankan aktiviti belajar sendiri dengan menggunakan pelbagai media sesuai dengan minatnya

►Dapat menyediakan dan membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkan, Mengguna dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran

►Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memberi peluang dan memenuhi keperluan-keperluan setiap individu murid dan guru yang berbeza-beza.





No comments:

Post a Comment

Copyright © SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SMK ASSUNTA Made with ❤ by azhafizah.com